BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 15 December 2012

aku pendosa

Antara lain petanda bahawa keimanan sudah mula tidak beroperasi adalah, hilangnya perasaan benci kepada dosa. Orang-orang yang beriman, akan melihat bahawa keredhaan Allah adalah utama. Maka, dosa adalah musuh mereka yang pertama.

Namun, apabila diri sudah merasakan 'biasa' dengan dosa, melihat kemungkaran itu sebagai 'adat', merasakan bahawa maksiat itu adalah 'tidak mengapa', menganggap mengambil sistem selain sistem Allah itu adalah 'normal, modenisasi' dan sebagainya, maka itu adalah tanda bahawa keimanan kita 'mengalami penurunan' dan mula tidak beroperasi.

Apabila iman tidak beroperasi, kita tidak akan merasakan bahawa mungkar itu perkara besar. Normalnya, orang beriman akan melihat bahawa hubungannya dengan Allah adalah perkara yang besar. Maka, apa-apa yang memutuskan hubungannya kepada Allah, adalah besar juga untuk diperhatikan buat dielak.


Tetapi apabila kebencian terhadap dosa itu hilang, nyatalah bahawa kita tidak lagi menganggap bahawa hubungan kita dengan Allah adalah penting. Atau dalam erti kata lain, keimanan kita tidak mampu lagi memproses bahawa dosa adalah berlawanan dengan apa yang Allah SWT redhai.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulallah SAW bersabda: "Tidak akan berzina seorang penzina, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan minum arak, orang yang minum, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri, jika ketika itu dia sedang beriman". Hadith Sohih Riwayat Bukhari.

Hadith jelas menyatakan bahawa, keimanan itu tidak wujud di kala wujudnya dosa. Maka, bagaimanakah pula yang menganggap dosa adalah perkara 'no
rmal'?
--------------------------------------------
Petikan Buku Motivasi Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada!

Diri ini pun menggunung dosa..semoga Allah mengampuni dosa-dosaku =(

0 comments: