BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 15 December 2012

aku pendosa

Antara lain petanda bahawa keimanan sudah mula tidak beroperasi adalah, hilangnya perasaan benci kepada dosa. Orang-orang yang beriman, akan melihat bahawa keredhaan Allah adalah utama. Maka, dosa adalah musuh mereka yang pertama.

Namun, apabila diri sudah merasakan 'biasa' dengan dosa, melihat kemungkaran itu sebagai 'adat', merasakan bahawa maksiat itu adalah 'tidak mengapa', menganggap mengambil sistem selain sistem Allah itu adalah 'normal, modenisasi' dan sebagainya, maka itu adalah tanda bahawa keimanan kita 'mengalami penurunan' dan mula tidak beroperasi.

Apabila iman tidak beroperasi, kita tidak akan merasakan bahawa mungkar itu perkara besar. Normalnya, orang beriman akan melihat bahawa hubungannya dengan Allah adalah perkara yang besar. Maka, apa-apa yang memutuskan hubungannya kepada Allah, adalah besar juga untuk diperhatikan buat dielak.


Tetapi apabila kebencian terhadap dosa itu hilang, nyatalah bahawa kita tidak lagi menganggap bahawa hubungan kita dengan Allah adalah penting. Atau dalam erti kata lain, keimanan kita tidak mampu lagi memproses bahawa dosa adalah berlawanan dengan apa yang Allah SWT redhai.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulallah SAW bersabda: "Tidak akan berzina seorang penzina, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan minum arak, orang yang minum, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri, jika ketika itu dia sedang beriman". Hadith Sohih Riwayat Bukhari.

Hadith jelas menyatakan bahawa, keimanan itu tidak wujud di kala wujudnya dosa. Maka, bagaimanakah pula yang menganggap dosa adalah perkara 'no
rmal'?
--------------------------------------------
Petikan Buku Motivasi Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada!

Diri ini pun menggunung dosa..semoga Allah mengampuni dosa-dosaku =(

Saturday 30 June 2012

spek ibn sina

assalamualaikum...ingin berkongsi dengan saudara dan saudari..kepada sesiapa yg berminat utk mengembalikan ni'mat melihat seperti dulu, boley cuba ini



insyaallah dpt Membantu mengurangkan kesan rabun jauh, dekat, astigmatism dan myopia dan mengurangkan kebrantungan anda terhadapt cermin mata preskripsi anda..sesiapa yg bminat boleh hubungi saya di ayu_qlate@yahoo.com atau 0132224335







Friday 1 June 2012

rindu mek :(



Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman

bonda sy..syg mek kerana Allah..=)
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu


Ayu doakan mek sentiasa dalam rahmat Allah selalu..=)

Saturday 28 April 2012

sekadar renungan sahabat dan diri sendiri

Lemahnya diri ini...

baru sikit Allah menguji sudah rebah tak mampu berdiri..
baru saja bayu dunia menyapa pipi Sudah melayang tak sedarkan diri..
baru sekelumit keindahan wajah diberi Sudah mula lupa diri..
baru sikit kejayaan diberi Sudah lupa siapa yang beri...
baru sikit buat kebaikan Riak dan ujub bersorak riang..

bila suatu kebajikan dimulakan Tak berdaya nak teruskan..
Tiada istiqamah dalam amalan..

baru diuji dengan seorang lelaki..
Iman sudah bisu menyepi Nafsu pula mengawal diri..

Jalan dakwah kata nak tempuhi..
Baru saja melangkah kaki beberapa tapak sudah berhenti..

Nikmat anugerah Ilahi Biar sudah tak terhitung lagi..
Tapi masih lupa mensyukuri...

Asyik lagha dengan urusan duniawi..
Tak pernah khuatir amalan diterima Atau dipaling..

Bagaimana nak sahut seruan jihad ?
Baru sikit dilukai Sudah menangis meratapi..

Lupa matlamat lupa syari’at ..
Terkejar-kejar yang tak pasti Leka dibuai syaitan terlaknat..

Solat yang lima waktu pun sukar dijaga Amalan sunat apatah lagi...

Ada aqal untuk berfikir..
Tapi masih lagi menurut pd nafsu...

Asyik ketawa tak kering gusi ..
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah…Lemahnya diri ini..
Ku pohon kekuatan daripada-Mu Tuntunilah langkahku...

Biar hanya mampu merangkak itu pasti lebih baik
daripada terus rebah dalam kaku..

Berikanku peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai ...
Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilanku mengenal
makna kasih sayang-Mu…

Amin Ya Allah.......................... (u_u)

Disaat aku sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah aku sering menyapu air mataku tatkala bersendirian..

Disaat aku sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah akulah seorang pemurung tatkala bersendirian...

Disaat aku sentiasa menyuntik kata-kata semangat kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu aku sedang menyulam hatiku yang retak seribu...

Disaat aku sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah akulah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhanku...

Disaat ketawaku menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadaku...

Allah..Allah..Allah...........(u_u) 

Sunday 18 March 2012

hidup

Kita pernah "DISAKITI"
dan mungkin pernah "MENYAKITI"
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan..

:: Kita pernah "DITIPU"
dan mungkin pernah "MENIPU",
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN..

:: ★ :: Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF..

:: ★ :: Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap boleh kita lakukan..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

"Semalam adalah sejarah, hari ini penentu realiti..& esok suatu yang misteri"

★ Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua

★ JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi
Sampai Allah memanggil:
"Waktunya kita KEMBALI.
 

Tuesday 6 March 2012

lepaskan dia pergi...........~~~~~~~~~~~~~~~

Pujuklah Diri, Lepaskan Dia Pergi..

Mencintai dan dicintai. Fitrahnya, suatu kemestian buat seorang insan. Hadirnya perasaan ini mungkin di kala ketidakmatangan dalam menilai cinta yang sejati. Namun, saat hati sudah pulang kepada Tuhan, cinta itu kembali bertandang dan berbunga semula. Ia mengundang 1001 kecelaruan.

Kenangan manis mahu pun sejarah hitam begitu asyik berputar menenggelamkan prinsip "bercinta selepas nikah". Bukan mudah diusir. Bukan mudah melupakan. Hanya Allah yang Maha Tahu betapa sengsara dan laranya hati menanggung seksa keseorangan.

Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :

"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat."

Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata : "Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu."

Hasil didikan (tarbiyyah) cinta dusta mengajar kita untuk tidak berpaling ke lembah hina itu lagi. "Putus cinta dan mahu bercinta kembali" perlu dibuang jauh-jauh. Nyahkan dari fikiran! Hapuskan dari hati!

Lihatlah wahai hamba kesayangan Allah, Allah mahu ajar kita, mahu didik kita, mahu tarbiyyah diri kita, betapa cinta sebelum nikah adalah hina. Mudahnya diri terperangkap dalam noda dan dosa. Asmara itu tidak bernafsu ketika akad. Kerana kesuciannya telah dibunuh hidup-hidup oleh kata-kata manis sang jejaka.

Ya! Mungkin kita cair dengan pujukan dan keindahan rupa si dia, tetapi itu tidak menjanjikan kebahagiaan selamanya yang kita cari. Hati kita sebenarnya tidak puas! Tidak puas menagih cinta dan kasih sayang manusia.

Cubalah renungkan kembali. Air mata kita begitu murah hanya kerana cinta manusia! Lemahnya diri tertawan dengan janji-janji si mulut manis. Tubuh badan diratah, maruah tergadai dan akhirnya kita ditinggalkan dengan bodoh sekali apabila sudah muak dan bosan. Andai itu tidak terjadi, bersyukurlah. Tetapi jika sebaliknya, bagaimana?

Manusia memuja muji kekasih kerana tidak kenal Allah. Mereka keliru cinta mana yang harus dipuja. Justeru, tatkala iman dan kepercayaan tidak utuh, seorang hamba akan dikepung syahwat dari seluruh arah, dikelilingi sifat keliru dari semua penjuru, semua itu akibat dari kelemahan ilmu dan ketumpulan mata hati. Maka yang yang dituntut ialah penyesalan. Sesallah sekarang sebelum kita disesalkan kelak.

Oleh itu, siapkanlah jiwamu untuk dicuci, pujuklah diri dengan mendekatkan diri kepada Allah dan orang-orang soleh, pupuklah diri dengan tarbiyyah yang betul, kekanglah dari segala kehendak dan alat yang boleh menjerumuskan diri ke lembah terkotor itu lagi.

Jika Facebook menjadi punca luka berdarah kembali, block/deletekan sahaja dia daripada akaun kehidupanmu! Tukarlah nama atau profile yang baru.

Jika handphone menjadi punca kegersangan cinta, tukar sahaja nombor yang baru tanpa berfikir dua kali! Lemparkan sahaja semua gambar dan kenangan bersamanya di dalam longkang najis! Bukanlah membenci, tetapi tegas dalam prinsip!!!

Jika dirinya hadir melintasi fikiran, ambillah sejadah, rendahkan dahi menyembah bumi, ciumlah haruman syurga segar mewangi sedang menanti doa-doamu sebagai tetamunya. Allah SWT, Tuhan kita yang telah lama dipinggarkan juga tidak putus menunggu air mata untukNya. Ketagih berbicara dengan hambaNya dengan taubat dan penyesalan yang mendalam.

Hakikatnya, kata-kata penulis tidaklah sehebat mana jika dibandingkan ayat-ayat cinta dari langit. Tentu sahaja semangatnya tidak konsisten dan tidak begitu mendamaikan hati yang sedang lara dan keliru. Pujuklah diri, renungkan dalam-dalam dan ajarlah hati untuk menjiwai setiap bait kata-kata Allah ini.

Firman Allah SWT : "Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang MENJAUHKAN DIRI dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang MEMELIHARA KEMALUANNYA kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi sesiapa yang DICARI BALIK itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang MELAMPUI BATAS. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi (SYURGA) FIRDAUS. Mereka KEKAL didalamnya." (Surah al-Mukminun ayat 1-11)